Menerajui Agenda Farmaseutikal Halal
Bagi memperkasa misi halal Kumpulan Syarikat, Lembaga Pengarah Duopharma Biotech telah menubuhkan Jawatankuasa Halal dan Kelestarian.
Jawatankuasa ini menerajui Agenda Farmaseutikal Halal Kumpulan Syarikat dalam aspek-aspek berikut:
Kepimpinan Pemikiran
Menetapkan penanda aras industri dalam bidang farmaseutikal halal.
Pembinaan Keupayaan
Memperkukuh sumber dan kepakaran di seluruh syarikat.
Pensijilan Penyelidikan dan Pembangunan (RD)
Menerajui proses pensijilan halal serta memacu usaha penyelidikan dan pembangunan.
Penerokaan Pasaran
Meluaskan pasaran farmaseutikal halal.
Jawatankuasa ini turut memberikan pandangan bebas berkaitan keberkesanan inisiatif-inisiatif halal Kumpulan Syarikat bagi mengukuhkan lagi kedudukan Duopharma Biotech sebagai peneraju industri farmaseutikal halal.