Halal 4 Pharma

Bagaimana Farmaseutikal Halal Duopharma Diaplikasikan?

Perbezaan Kami

Konsep “Halal Terbina Dalam”

Di Duopharma Biotech, halal bukan sahaja satu label yang ditambah di akhir proses. Komitmen ini telah bermula sejak hari pertama kami beroperasi.
Pendekatan Kami: “Halal Terbina Dalam”
“Halal Terbina Dalam” bermaksud prinsip, prosedur dan kawalan halal diintegrasikan sepenuhnya ke dalam Amalan Pengilangan Baik (GMP) syarikat. Ia meliputi setiap aspek rantaian — dari strategi dan perancangan, penyelidikan dan pembangunan, perolehan bahan mentah, pembuatan, pergudangan, pengedaran, sehinggalah penghantaran produk ke pasaran.

Falsafah ini membina kepercayaan dan keyakinan pelanggan dengan memastikan setiap langkah, ramuan dan keputusan dibuat berlandaskan integriti halal sepenuhnya.

Persijilan halal adalah lebih daripada sekadar piawaian—ia merupakan jaminan tambahan untuk pengguna kami. Dengan menerapkan integriti halal di setiap peringkat rantaian, kami bukan sahaja mengutamakan aspek keselamatan dan keberkesanan, tetapi juga untuk membina kepercayaan pengguna yang berterusan.


Wan Amir-Jeffery bin Wan Abdul Majid


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan