Halal 4 Pharma

Peraturan Industri Halal Malaysia

Pensijilan Halal, Peraturan dan Perlindungan Pengguna dalam Industri Halal Malaysia

Konsep halal kini telah berkembang melangkaui keperluan agama sehingga menjadi piawaan kepada amalan di dalam perniagaan. Piawaian halal telah digunapakai oleh Komuniti perniagaan termasuk organisasi kerajaan dan masyarakat umum – tanpa mengira kepercayaan individu. Ini kerana nilai halal merangkumi keseluruhan ekosistem, merangkumi semua sektor, termasuk makanan diproses khusus, kosmetik dan penjagaan diri, ternakan, bahan-bahan halal, farmaseutikal dan perkhidmatan, yang membentuk tulang belakang industri Halal Malaysia.
Mengikut definisi, sebarang pengisytiharan halal bermaksud pematuhan terhadap keperluan piawaian dan memastikan perlindungan pengguna. Manipulasi terhadap logo halal atau penggunaan terma halal palsu bagi menarik pengguna membeli sesuatu produk dianggap sebagai kesalahan serius. Memandangkan pengguna Islam sangat berhati-hati tentang apa yang mereka makan, logo halal pada produk adalah sangat penting dan berfungsi sebagai simbol pemasaran utama bagi umat Islam dan ekonomi Halal.
Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah membangunkan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Akta di dalam Seksyen 28 telah mentakrifkan bahawa semua jenis makanan sama ada dikilang, diproses, dijual atau dimakan hendaklah mengikut Hukum Syarak iaitu Undang-undang Islam untuk orang Islam.

Ini termasuk dalam Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang diluluskan oleh Parlimen pada 11 Julai 2011 dan penguatkuasaan telah dilaksanakan pada 1 Januari 2012. APD 2011 adalah untuk mempromosi amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan yang mempunyai tujuan manipulasi, pengendalian dan amalan produk dan perkhidmatan.

Bagi mengukuhkan lagi peraturan mengenai halal, Seksyen 29 iaitu Perintah Perihal Dagangan (Pensijilan dan Untuk memperkukuh lagi undang-undang berkaitan halal di dalam seksyen 28, seksyen 29 iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 telah memberi hak kuasa yang berwibawa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam bagi Negeri-Negeri untuk memperakui bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau produk adalah halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Ini memastikan integriti dalam industri Halal Malaysia dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi Halal yang lebih luas.