Standard Malaysia Farmaseutikal Halal
Dari Pendaftaran Produk ke Kelulusan Halal
Mana-mana syarikat pengeluar yang mahu menghasilkan dan mengedarkan farmaseutikal halal di Malaysia mestilah membuat rujukan dan mematuhi segala keperluan yang telah dinyatakan di dalam Standard Malaysia Mengenai Farmaseutikal Halal, MS 2424:2019.
Keperluan ini telah ditetapkan oleh Garis Panduan GMP, Pharmaceutical Inspection Co-operation Scheme (PIC/s) dan lampiran-lampirannya adalah sebahagian daripada MS 2424.
Di Malaysia, pematuhan kepada PIC/S ini adalah di bawah bidang kuasa pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Setiap syarikat layak untuk mendapatkan sijil halal Malaysia setelah pendaftaran produk telah diluluskan oleh pihak NPRA.
Setiap syarikat layak untuk mendapatkan sijil halal Malaysia setelah pendaftaran produk telah diluluskan oleh pihak NPRA.
Maklumat Lanjut
Rujuk versi penuh Standard Malaysia Farmaseutikal Halal melalui laman web Jabatan Standard Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai NPRA dan pendaftaran produk, sila layari laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).