Halal 4 Pharma

Soalan Lazim

Pensijilan Halal memastikan semua ramuan dan proses pembuatan mematuhi prinsip Syariah. Ini termasuklah ketiadaan bahan terlarang (haram) serta amalan yang beretika, selamat dan bersih. Pensijilan Halal juga membina keyakinan pengguna, sama ada Muslim atau bukan Muslim, dengan menjamin kualiti dan integriti produk.

Tidak. Walaupun proses pensijilan Halal melibatkan verifikasi tambahan seperti pematuhan kepada Amalan Pengilangan Baik (GMP), ia sudah menjadi sebahagian daripada amalan pengeluaran produk farmaseutikal yang berkualiti dan tidak memberi kesan kepada harga jualan kepada pengguna.

Tidak. Suplemen dan ubat-ubatan yang disijilkan Halal mengandungi bahan dari sumber yang dibenarkan (halal) tanpa menjejaskan keberkesanan atau kualiti produk.

Di Malaysia, produk yang disijilkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh disemak melalui
Status Halal Disahkan oleh JAKIM
.

Pengamal kesihatan boleh menyemak logo Halal JAKIM pada produk atau merujuk kepada
Status Halal Disahkan oleh JAKIM
untuk mengenal pasti pensijilan produk. Untuk keyakinan tambahan, mereka juga boleh bertanya terus kepada pengeluar mengenai status halal sesuatu produk. Beberapa syarikat, termasuk Duopharma Biotech, menawarkan ubat preskripsi yang disahkan halal oleh JAKIM.

Ya. Produk farmaseutikal Halal mematuhi standard kualiti, etika dan kebersihan yang tinggi dan sesuai digunakan oleh semua pesakit tanpa mengira latar belakang agama.

Pada tahun 2011, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa penggunaan alkohol dalam farmaseutikal adalah dibenarkan, dengan syarat alkohol tersebut tidak berasal dari proses pembuatan minuman keras. Fatwa ini memastikan produk farmaseutikal Halal mematuhi prinsip Syariah. Jawatankuasa Fatwa tidak menetapkan had spesifik alkohol, sebaliknya pematuhan tertakluk kepada piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gelatin mestilah diperoleh daripada haiwan yang dipersijilkan Halal dan diproses mengikut garis panduan Syariah. Jika gelatin berasal dari sumber tidak Halal (contohnya, babi), penggunaannya tidak dibenarkan kecuali dalam situasi kecemasan yang mengancam nyawa, apabila tiada alternatif Halal lain yang tersedia dan atas nasihat doktor.

Ya. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD/NPRA) menetapkan bahawa adalah wajib untuk mengisytiharkan sumber gelatin sama ada daripada haiwan atau tumbuhan.

Pensijilan Halal melengkapi piawaian farmaseutikal antarabangsa dengan penekanan terhadap ketulenan produk, kebersihan, sumber yang beretika dan keselamatan. Nilai-nilai ini selaras dengan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) global dan dapat meningkatkan kebolehpasaran produk di peringkat antarabangsa.