Halal 4 Pharma

Polisi Halal

Dengan Jaminan Halal Sebagai Teras Kami

Komitmen Kami

Kumpulan Syarikat Duopharma Biotech Berhad (“Duopharma Biotech”) komited untuk menghasilkan produk-produk halal berkualiti tinggi untuk masyarakat disamping memberi nilai tambah kepada pihak-pihak berkepentingan.
Kami komited untuk:

Menjaga integriti secara menyeluruh untuk rantaian nilai halal kami melalui konsep “Halal Terbina Dalam, Tanpa Ujian”.

Menjunjung pembangunan dan pembuatan produk-produk farmaseutikal halal dan alatan perubatan di dalam premis dengan mengekalkan piawaian yang tinggi terhadap keselamatan, keberkesanan, kualiti dan kebersihan.

Memastikan pematuhan kepada keperluan halal semasa, piawaian ISO Sistem Pengurusan Kualiti (QMS), Garis Panduan Amalan Pengilangan dan Pengedaran dan juga keperluan-keperluan lain yang berkaitan dengan pembuatan, penyimpanan dan logistik farmaseutikal halal dan peranti perubatan menurut keperluan pihak berkuasa halal dan pihak kawal selia berwibawa yang berkaitan.

Cara Farmaseutikal Halal Duopharma Digunakan