Perundangan Halal
Pensijilan Halal, Kawal Selia dan Perlindungan Pengguna
Konsep halal kini telah berkembang melangkaui keperluan agama sehingga menjadi piawaan kepada amalan di dalam perniagaan. Piawaian halal telah digunapakai oleh Komuniti perniagaan termasuk organisasi kerajaan dan masyarakat umum – tanpa mengira kepercayaan individu. Ini adalah kerana nilai halal merangkumi semua sektor yang terdapat dalam ekosistem termasuk makanan yang diproses, kosmetik dan penjagaan diri, ternakan, ramuan halal, farmaseutikal dan sektor perkhidmatan.
Mengikut definisi, sebarang pengisytiharan halal bermaksud pematuhan terhadap keperluan piawaian dan memastikan perlindungan pengguna. Manipulasi terhadap logo halal atau penggunaan terma halal palsu bagi menarik pengguna membeli sesuatu produk dianggap sebagai kesalahan serius. Ini kerana pengguna yang beragama Islam amat berhati-hati dengan apa yang mereka makan dan produk yang mempunyai logo halal memberi keutamaan dan simbol penting kepada orang Islam.
Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah membangunkan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Akta di dalam Seksyen 28 telah mentakrifkan bahawa semua jenis makanan sama ada dikilang, diproses, dijual atau dimakan hendaklah mengikut Hukum Syarak iaitu Undang-undang Islam untuk orang Islam.
Ini termasuk dalam Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang diluluskan oleh Parlimen pada 11 Julai 2011 dan penguatkuasaan telah dilaksanakan pada 1 Januari 2012. APD 2011 adalah untuk mempromosi amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan yang mempunyai tujuan manipulasi, pengendalian dan amalan produk dan perkhidmatan.
Bagi mengukuhkan lagi peraturan mengenai halal, Seksyen 29 iaitu Perintah Perihal Dagangan (Pensijilan dan Untuk memperkukuh lagi undang-undang berkaitan halal di dalam seksyen 28, seksyen 29 iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 telah memberi hak kuasa yang berwibawa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam bagi Negeri-Negeri untuk memperakui bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau produk adalah halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.