Pensijilan Halal Malaysia
Tadbir Urus Halal di Malaysia
Ekosistem Halal Malaysia amat menyeluruh kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai persekitaran kompetitif di mana kerajaan, pemain industri dan pengguna saling berhubung antara satu sama lain. Ekosistem halal di Malaysia dibangunkan berasaskan model tadbir urus yang kukuh dengan penekanan terhadap integriti serta rangka kerja pembangunan industri yang dinamik.
Integriti Halal Malaysia adalah di bawah bidang tugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang juga bertanggungjawab kepada Pensijilan Halal Malaysia. Sehingga kini, terdapat sembilan (9) skim pensijilan halal yang telah diwujudkan, dan farmaseutikal merupakan salah satu daripadanya.
Pensijilan farmaseutikal adalah untuk produk farmaseutikal dalam bentuk dos siap termasuk produk ubat-ubatan preskripsi dan bukan preskripsi yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kegunaan pengguna.

Pembangunan Pensijilan Halal Malaysia adalah ketat dan berpandukan kepada:
1. Standard Malaysia
2. Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014
3. Sistem Pengurusan Halal Malaysia
4. Undang-undang & Peraturan
5. Fatwa
6. Pekeliling Kerajaan
Produk farmaseutikal yang layak untuk mendapat Pensijilan Halal adalah seperti berikut:
Produk racun berjadual
Produk bukan racun berjadual (Over-the-counter)
Produk suplemen kesihatan
Produk semulajadi (ubat-ubatan tradisional dan komplementari)
Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020
Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS 2020) ini diperkenalkan untuk menggantikan Guidelines for the Malaysian Halal Certification Halal Management System. MHMS 2020 mengandungi perincian bagi pelaksanaan yang meliputi:
Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS) bagi kegunaan industri kecil dan mikro
Sistem Jaminan Halal (HAS) bagi kegunaan industri besar dan sederhana.
Pelaksanaan MHMS ini adalah bertujuan untuk memberi nilai tambah kepada polisi pembangunan sosioekonomi yang sedia ada. Walaupun Akta Perdagangan dilaksanakan untuk melindungi kepentingan pengguna, namun pelaksanaan MHMS 2020 adalah tanggungjawab kepada syarikat dan/atau pemohon untuk memastikan segala keperluan Pensijilan Halal Malaysia dipatuhi sepanjang masa.
Maklumat Lanjut
Rujuk garis panduan dan info terkini tentang pensijilan halal di Portal Halal Rasmi JAKIM.
Maklumat Lanjut
Rujuk garis panduan dan info terkini tentang pensijilan halal di Portal Halal Rasmi JAKIM.