Halal 4 Pharma

Inisiatif Kolaborasi Duopharma

Sijil Profesional Halal Pharmapreneur

Memperkasa Peranan Ahli Farmasi di Era Halal
Asal Usul

Diperkenalkan pada tahun 2017, program Duopharma Biotech Halal Pharmapreneur (DBHP) bertujuan melengkapkan ahli farmasi / pemilik farmasi dengan:

Sehingga ke hari ini, seramai 33 peserta dari farmasi komuniti di seluruh Semenanjung Malaysia telah berjaya melengkapkan program ini. Melalui DBHP, para ahli farmasi diharapkan agar dapat memudahkan pelanggan atau pesakit yang mempunyai masalah dan pertanyaan berkaitan, status halal ubat-ubatan dan produk penjagaan kesihatan, sekaligus dapat memberikan ketenangan minda dan keyakinan terhadap keselamatan, keberkesanan, kualiti dan kebersihan produk yang diambil oleh mereka.
Perkembangan Terkini
Pada tahun 2022, Fakulti Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjalinkan kerjasama dengan Duopharma Biotech Berhad dan Persatuan Farmasi Malaysia untuk menambahbaik program ini dengan memperkenalkan Sijil Profesional Halal Pharmapreneur.
Pensijilan ini merangkumi latihan berstruktur dalam bidang berikut:
Ahli farmasi yang melengkapkan program ini akan:
🔗 Lihat lebih lanjut dan mohon sekarang: ukm.my/farmasi/sphp/

Jalinan Antara Universiti Dan Industri (“JATI”)

Menghubungkan Universiti dan Industri Demi Pemimpin Farmasi Masa Hadapan
Mengenai JATI
Dilancarkan pada tahun 2011, JATI merupakan inisiatif kolaboratif antara Duopharma Biotech dan universiti awam Malaysia. Program ini dirangka untuk membangunkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar prasiswazah farmasi, khususnya bagi amalan perusahaan farmasi komuniti dan rantaian runcit farmaseutikal.
Tumpuan Utama
Kerjasama dengan lima buah universiti awam:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • International Islamic University Malaysia (IIUM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Pendedahan kepada pemasaran, operasi perniagaan, dan pengurusan runcit
    Latihan amali dan bimbingan secara langsung daripada profesional industri
    Matlamat Utama
    Menggabungkan pembelajaran akademik dan pengalaman keusahawanan
    Menyediakan graduan untuk dunia pekerjaan
    Melahirkan generasi baharu bagi usahawan farmasi
    Menyokong ekosistem perubatan dan kesihatan yang inklusif dan lestari