Halal 4 Pharma

Hak Saya sebagai Pesakit untuk Mendapatkan Ubat Halal

Hak untuk mendapatkan ubat halal atau ubat bukan najs.
Sama ada makanan atau ubat-ubatan, semuanya perlu halal kerana ia merupakan sebahagian penting daripada amalan dan tingkah laku seorang Muslim yang berpegang teguh kepada ajaran agamanya.
Setiap umat Islam berhak memastikan kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang diterima selaras dengan pegangan dan kepercayaan agamanya semasa menerima rawatan.
Hak untuk dimaklumkan mengenai ubat-ubatan.
Semua pilihan hendaklah dikemukakan dan maklumat yang berkaitan perlu diberikan serta diterangkan dengan jelas.
Hak untuk memilih ubat-ubatan.
Pesakit berhak menerima ubat yang selamat dan sesuai dari segi perubatan untuk rawatan mereka.
Hak untuk memberi keizinan terhadap penggunaan ubat yang tidak halal.
Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah, 5:32: “Barangsiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup semua manusia.”
Semua ubat yang berasal daripada sumber tidak halal dibenarkan sebagai rawatan sekiranya melibatkan situasi nyawa atau maut dan tiada pilihan rawatan lain yang tersedia.
Sebagaimana yang digariskan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI, dalam kes kecemasan (dharurah), ubat yang mengandungi bahan haram dan najs boleh digunakan dengan syarat-syarat berikut:
Pegawai perubatan adalah seorang yang jujur dan amanah.
Tiada pilihan alternatif halal yang tersedia.

Penggunaan adalah terhad dan bersebab.

Hanya digunakan dalam situasi kecemasan yang mengancam nyawa (di bawah pengawasan klinikal).

Prof. Amrahi bin Buang, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Slaid Pembentangan bertajuk “Halal Pharmaceuticals: Concept and Needs”