Halal 4 Pharma

Bagaimanakah Cara Untuk Mengenalpasti Produk Farmaseutikal Halal?

Memenuhi Keperluan Kesihatan dan Kepercayaan Anda

Mencari Ubat Halal - Apa yang Anda Perlu Tahu

Pernahkah anda berasa keliru di farmasi, tidak pasti ubat mana yang halal? Anda sebenarnya tidak keseorangan.

Sejak tahun 2013, produk farmaseutikal berdaftar seperti ubat OTC (Over-The-Counter), herba, dan ubat tradisional boleh memaparkan logo halal. Hanya logo yang dikeluarkan dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah sah.

Menyedari kepentingan ubat halal, JAKIM turut memperkenalkan pensijilan halal pertama di dunia untuk ubat kawalan/preskripsi pada tahun 2017. Anda boleh bertanya kepada doktor sama ada ubat yang diberikan adalah halal, dan doktor akan mempertimbangkan keperluan anda semasa membuat cadangan rawatan.

Berbeza dengan produk OTC, ubat preskripsi hanya boleh diberikan oleh doktor. Anda berhak bertanya tentang ubat yang diberikan kepada anda, termasuk status halalnya. Doktor atau pegawai kesihatan akan memberikan preskripsi yang paling sesuai dengan mengambil kira keperluan dan kepercayaan pesakit mereka.

Ingin semak status halal bagi sesuatu produk?

Semak dalam talian di Portal Halal JAKIM

Dapatkan Produk Farmaseutikal Halal Duopharma di DB Health2Go , Lazada dan Shopee .