Bagaimana Farmaseutikal Halal Duopharma Diaplikasikan?
Perbezaan Kami
Konsep “Halal Terbina Dalam”
Di Duopharma Biotech, halal bukan sahaja satu label yang ditambah di akhir proses. Komitmen ini telah bermula sejak hari pertama kami beroperasi.
Pendekatan Kami: “Halal Terbina Dalam”
“Halal Terbina Dalam” bermaksud prinsip, prosedur dan kawalan halal diintegrasikan sepenuhnya ke dalam Amalan Pengilangan Baik (GMP) syarikat. Ia meliputi setiap aspek rantaian — dari strategi dan perancangan, penyelidikan dan pembangunan, perolehan bahan mentah, pembuatan, pergudangan, pengedaran, sehinggalah penghantaran produk ke pasaran.
Falsafah ini membina kepercayaan dan keyakinan pelanggan dengan memastikan setiap langkah, ramuan dan keputusan dibuat berlandaskan integriti halal sepenuhnya.
Falsafah ini membina kepercayaan dan keyakinan pelanggan dengan memastikan setiap langkah, ramuan dan keputusan dibuat berlandaskan integriti halal sepenuhnya.
Konsep “Halal Terbina Dalam, Tanpa Ujian” telah diintegraasikan ke dalam setiap aliran kerja Duopharma Biotech melalui Sistem Pengurusan Jaminan Halal Syarikat.
Leonard Ariff bin Abdul Shatar
Pengarah Urusan Kumpulan, Duopharma Biotech